Apa itu Blog?

Assalamualaikum para pembaca..

Bagi seorang blogger, perkataan blog sering kali terdengar di telinga pada setiap orang. Bahkan dengan perkataan ini sampai menganggap website statik pun disebut sebagai blog.
Supaya tidak ada lagi yang di salah ertikan perkataan blog. Maka disini saya akan menjelaskan sedikit tentang pengertian blog dan apa perbezaan antara website biasa (statis) dengan blog.

Secara ringkas, blog adalah singkatan dari Weblog iaitu sebuah aplikasi berisi web yang disusun secara kronologis dimana posting terbaru akan tampil pada halaman teratas dan diikuti posting-posting sebelumnya.


Menurut research penulis, blog pertama kali muncul pada tahun 1990-an. Pada awalnya disebut weblog dan diperkenalkan oleh John Barger pada tanggal 17 Desember 1997. Istilah ini kemudian dipersingkat menjadi blog oleh Peter Merholz.

Perbezaan antara blog dengan website biasa adalah blog lebih mudah untuk mengupdate maklumat sedangkan website biasa, halamannya cenderung tetap danyang diupdate hanya isi dari halaman tersebut.

Website biasa umumnya digunakan untuk menjual sedangkan blog lebih mengutamakan interaksi antara pemilik blog dengan pembaca blog di mana pembaca blog dapat memberikan tanggapan atau komentar terhadap artikel yangdiposting pemilik blog. Perbezaan blog dengan website biasanya adalah blog lebih dinamik dan mudah digunakan.

Pada awalnya blog digunakan oleh seorang blogger sebagai bentuk nota (diary) talian mereka, sehingga tidak dibaca oleh siapapun di internet. Namun seiring dengan berjalannya waktu, blog telah berkembang menjadi bentuk yang lebih kompleks baik dari segi isi (kandungan), paparan mahupun kegunaannya.

Secara umum, blog boleh dibahagikan kepada 2 iaitu blog percuma dan blogberbayar. Blog percuma adalah blog yang dibuat melalui laman web pembekal blogpercuma seperti blogger. com, wordpress.com, blogsome.com, blogdetik.com, dan lain-lain.

Sedangkan blog berbayar adalah blog yang dibuat menggunakan nama domain dan hosting sendiri. Disebut blog berbayar kerana untuk membuat blog tersebut, anda perlu beli domain dan hosting melalui laman pembekal domain dan hosting.Kemudian memasang platform blog seperti Wordpress (yang biasanya disediakan secara percuma).

Apa beza blog percuma dan blog berbayar?

Dari segi prestasi tidak jauh berbeza. Hanya untuk blog gratisan terlihat kurang profesional kerana menggunakan sub domain. Contoh alamatnya,namablog.blogspot.com atau namablog.wordpress.com dan kelangsungan blogjenis ini sangat bergantung pada halaman penyedianya. Jika suatu saat halaman pembekal blog menghentikan perkhidmatannya maka blog anda akan hilang.

Sedangkan blog berbayar menggunakan top level domain (TLD) yangmenggunakan akhiran. com,. net,. org, contoh bloganda.com atau bloganda.netsehingga terlihat lebih profesional. Dan blog berbayar tidak akan hilang selama anda tetap memperpanjangkannya setiap tahun.

Jika anda ingin serius berbisnis online tentu lebih baik menggunakan blog berbayar.Tapi untuk pemula, tidak masalah membuat blog percuma dulu toh dengan blogpercuma pun anda sudah boleh menghasilkan wang di internet dan anda juga boleh mengemaskinikan menjadi blog berbayar di kemudian hari.

Jika anda ingin membuat blog percuma. Saya menyarankan anda untuk membuat diblogger[dot]com. Kerana blogger[dot]com adalah milik Google yang lebih selamat dan mudah terindeks di dalam mesin carian Google. Untuk mengetahui cara membuatblog di Blogger. Sila baca "Panduan membuat blog di Blogger" pada posting penulis yang akan datang.

Semoga info ini bermanfaat pada para pembaca.. Happy Blogging :)

0 comments:

Post a Comment